Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Kini kita sudah melangkah di Tahun baru 2010.. maka Tahun 2009 kian tenggelam meninggalkan kita.. Mesti semua kita mempunyai Azam? Apakah ada Azam baru atau masih lagi mahu merealisasikan Azam lama kita yang masih belum berupaya kita capai dan genggam..

Apapun jawapannya.. tak kisahlah yang penting kita mempunyai azam tersendiri.. Selamat Datang Tahun 2010... Dan Selamat Datang juga untuk Maal Hijrah.. 1431...

Sunday, October 4, 2009

Kini Aku Mengerti

Ketukan itu adalah getar hatiku yang berbisik
Menjawab persoalan yang dulunya meresahkan
Dak dik duk
Dak dik duk
Dak dik duk
Kini aku pasti
Lalu tidak mahu ku biarkan ia pergi

Wednesday, July 22, 2009

Aku Dan Si Kura-kura

Pada petang itu aku diselubung rasa sedih yang mencengkam. Hati menjadi rawan. Lantas air mata mencurah laju di pipi. Aku menjadi hiba mengenang nasib diri yang ku anggap tidak sebaik nasib orang lain.

Sedang diulit kesedihan tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura rasa sedihku hilang. Aku kembali ceria. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.

Mengapa harus aku bersedih? Sedangkan aku sepatutnya dan seharusnya merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Jika dibandingkan dengan si kura-kura itu.

Kura-kura juga sendiri tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar. Sepatutnya aku harus mempunyai rasa sabar yang tinggi. Penyabar seperti si kura-kura.

Sejak itu setiap kali hati dilanda rasa sedih aku akan merenung kembali diriku dengan si kura-kura. Aku ingin meminjam kata-kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. dari buku MEMBINA PERIBADI ANGGUN - Bahagia untuk dinikmati bukan untuk diuji. Menguji bahagia, bahagia tetap di sisi. Begitulah seharusnya kita menafsir bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia. Kita tidak akan bahagia selama mana kita menyangka bahagia itu berada pada sesuatu - mungkin orang, mungkin benda, mungkin harta, mungkin wang ringgit. Itu semua hanyalah salah satu ciri-ciri kebahagiaan namun hakiki dan kekal abadi adalah apa yang ada dalam hati. Berusahalah untuk bahagia tetapi usah terlalu memburunya hingga mengorbankan sesuatu yang telah sedia membahagiakan kita. Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Lantaran ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa maka syukurilah kehidupan yang sedia ada. Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa. Bahagia adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia.

Ibu

IBU… AL-FATIHAH untuk mu. Akhirnya kita terpisah jua. Aku reda dengan perpisahan ini kerana kau pergi menemui Ilahi. Aku tidak bisa menahan pemergianmu. Walau ingin ku tahan langkahmu. Hanya satu harapanku semoga kita akan dipertemukan di Syuga yang fana.

Aku merinduimu Ibu. Hari-hari yang kulalui terasa begitu sunyi. Aku rindukan wajahmu. Aku rindukan suara mu yang dulu seringkali memanggilku. Aku rindukan sentuhan jari-jemari mu yang dulu sering membelai pipiku. Aku ingin lagi memelukmu.

Maafkan aku ibu kerana sering menangis bila setiap kali mengingatimu. Aku terlalu rindukan dirimu. Bila mengenangmu pasti air mata membasahi pipi. Saat bersamamu terlalu indah. Kasih sayangmu sentiasa mengharum sentiasa mewangi.

Miri Kota Nan Damai

Kata teman-temanku
Miri kotanya damai
Bandarnya tenang
Bangunan tersusun atur
Pantainya cantik membiru


Kata teman-temanku
Miri Kotanya damai
Biarpun barang-barangnya agak mahal

Ya Memang
Miri Kota Nan Damai

Tuesday, July 21, 2009

Thursday, July 16, 2009

Kasih



Perjalanan ini sangat lama
Sempatkah kita
Menghirup manisnya madu
Kehidupan?

Berapa lama lagi ya?
Untuk kita sampai di sana?

Tuesday, July 14, 2009

Malam itu


Malam itu perjalananku ditemankan sang bulan
Cahayanya menerangi seluruh ruang angkasa raya
Sesekali aku melirik kepada awan
Awan tersenyum pada bulan yang cantik
Sayup-sayup ku dengar awan berbisik
“Terima kasih bulan.. menerangi malam kami!”

Memang amat bermakna malam itu
Perjalananku disuluh Si bulan yang baik hati


Karya,
Irsalina
Bandar raya Miri
Julai 2009

Monday, July 13, 2009

Pantai Sepah





Pantai Sepat... Kuantan Pahang..

Wednesday, July 1, 2009

Mama & Mama

Mama dan Mak




Mama



Mama dan Nenek@Ibu kepada Mama




Mak



Mak




Aku sangat bertuah kerana memiliki dua orang Ibu...
Mama adalah Ibu kandungku.

Mak adalah Mak Angkatku merangkap Mak kandungku juga.













Cahaya Cinta Mu

Cahaya Cinta Mu...

Ingin ku selam lautan hatimu
Ingin aku mencuba
Akan ku lukis gambaran hatimu
Akan aku lukiskan

Ingin kurasa belaian kasihmu
Ingin aku rasakan
Akan kusemai keikhlasan hatimu
Akan aku semaikan

Cahaya cintamu menerangi duniaku
bersemadi di jiwaku
bagaikan bunga hidup subur di taman
tak mungkin gugur takkan layu

Akan kusahut seruan hasrat mu
Kusemaikan dikalbu
Akan kupuja selama-lamanya
kujadikan permata

Monday, June 29, 2009

Rindunya...


Rindu...


Aku biarkan air mata berguguran menemani rasa rindu
yang berlabuh di pinggiran hati...
kerana rindu dan kasih ini adalah milik dan hak bersama...
betapa ku cinta padamu
selamanya ingin berdua...

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG
















Hari ini Bandaraya@ku Miri genap meraikan ulang tahun yang ke 4. Miri telah dinobatkan sebagai Bandar raya 20 Mei 2005. Malam ini sebilangan warga Bandar raya Miri meraikan Hari Bandar raya Miri di Dataran Kipas@City Fan. Wah warga Majlis Bandar raya Miri semestinya tengah sibuk.

Harapanku semoga Bandar raya Miri sentiasa kekal menjadi sebuah bandar yang tenang dan aman
dan sentiasa cantik dan indah.

Puisi - Daerah Kelahiran

Tatkala meninggalkan mu
Hati pasti dipukul ombak rindu mengebu
Riak wajah tenang mu
Membuat ku resah ingin segera pulang

Telah lama kau berikan kasih mu kepadaku
Mendakap ku dengan cukup mesra dan manja
Ah tak akan ku berpaling
Dari wajah manis mu Miri

Di sini telah ada cinta
Yang menyatukan kita
Beradab lamanya.


karya,
Irsalina
Grup Pemuisi
Persatuan Penulis Utara Miri @PUTERA
2009

Monday, April 20, 2009

Basikal Kakak



Kenangan ini paling melucukan.. Bila terkenang pasti membuat aku ketawa . Ini pun kisahku di zaman sekolah rendah. Masa tu aku baru pandai menunggang basikal, Aku merasa seronok, suka@excited sangat. Dalam sehari aku akan bermain / menunggang basikal kakak lima ke enam kali.

Dipendekkan cerita. Pada suatu hari. Ketika aku sedang bermain/menunggang basikal.

Tiba-tiba rantai basikal terlepas. Bila rantai basikal terlepas, memanglah basikal tak boleh dikayuh. Tapi masa tu aku ingat basikal kakak sudah rosak dan tak boleh digunakan lagi.

Aku takut sangat. Takut kakak akan marah. Memang patut pun orang akan marah.. sebab barang mereka sudah rosak..

Tahu tak apa yang aku lakukan? Aku cuba hendak menyorok basikal kakak di belakang rumah. Waktu nak menyorok basikal tu, kebetulan pula kakak berdiri dekat tingkap.

Kakak pun jerit.. Eh! kau nak bawa kemana basikal kakak tu?

Aku yang dah terkantoi , yang tengah mengelabah ketakutan..

Ceritalah pada kakak perkara yang sebenar . Rantai basikal dia terlepas.. aku kata pada kakak basikal dia dah rosak dan tak boleh digunakan lagi. aku ingat nak pergi sembunyikan basikal dia tu.

Kakak aku ingat basikal dia tu betul-betul rosak. Dia pun turun dan pergi periksa basikal dia yang aku kata rosak tu. Sebenarnya basikal dia tak rosak. Aku je yang beranggapan basikal dia sudah rosak. Hehehe…

p/s. Nasib baik basikal kakak tu tak rosak. Kalau betul-betul rosak… sudah pasti aku kena marah… bukan saja kakak yang marah. Mak pun akan marah.

Bila ingat balik peristiwa tu aku terfikir balik.. buat apalah aku nak menyorok basikal tu dan di mana sebenarnya aku nak menyembunyikan basikal itu… Budak-budaklah katakan manalah tau sangatkan!

Memori Indah