Wednesday, September 4, 2013

09/02/2012 Kak Siah kembali ke rahmatullah.. Aku tidak dapat pulang ke Miri kerana aku baru sahaja sampai di Kuantan 2 minggu. Maafkan aku kak siah. semasa hayatnya ada aku sangat rapat dengan arwah. Namun saat dia dijemput.. aku berada jauh darinya.

Monday, March 8, 2010

My Birthday..


Happy Birthday to Me...
My age is become 41.
wish all the best for me.
for tomorrow and always.

Sunday, March 7, 2010

Sebuah Perpisahan...


Kita boleh jatuh cinta kepada seseorang dalam sekelip mata...
Kita boleh jatuh hati kepada seseorang dalam beberapa minit bersamanya.
Kita boleh menyayangi seseorang dalam sekelip mata...
Tetapi kita akan memerlukan seumur hidup kita untuk melupakannya.

Itulah nilainya rasa sayang dan rasa cinta kita terhadap seseorang yang pernah hadir di dalam dunia kehidupan kita.


Bukan mudah untuk berpisah apalagi melupai orang yang kita sayang dan orang yang kita kasihi.
Walaupun kita benci kepadanya namun kita tidak akan mungkin boleh membuang ingatan kita dari mengingatinya. Sesekali ingatan kita kepadanya akan mengetuk pintu ketenangan kita.


Apapun saya amat percaya tidak ada seorang pun di antara kita yang mahukan perpisahan itu terjadi. Tetapi semuanya adalah ketentuan Allah.


Tetapi apapun alasan dan penyebabnya perpisahan itu ia tetap amat menyakitkan.....

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Kini kita sudah melangkah di Tahun baru 2010.. maka Tahun 2009 kian tenggelam meninggalkan kita.. Mesti semua kita mempunyai Azam? Apakah ada Azam baru atau masih lagi mahu merealisasikan Azam lama kita yang masih belum berupaya kita capai dan genggam..

Apapun jawapannya.. tak kisahlah yang penting kita mempunyai azam tersendiri.. Selamat Datang Tahun 2010... Dan Selamat Datang juga untuk Maal Hijrah.. 1431...

Sunday, October 4, 2009

Kini Aku Mengerti

Ketukan itu adalah getar hatiku yang berbisik
Menjawab persoalan yang dulunya meresahkan
Dak dik duk
Dak dik duk
Dak dik duk
Kini aku pasti
Lalu tidak mahu ku biarkan ia pergi

Wednesday, July 22, 2009

Aku Dan Si Kura-kura

Pada petang itu aku diselubung rasa sedih yang mencengkam. Hati menjadi rawan. Lantas air mata mencurah laju di pipi. Aku menjadi hiba mengenang nasib diri yang ku anggap tidak sebaik nasib orang lain.

Sedang diulit kesedihan tiba-tiba aku terpandang seekor kura-kura yang sedang merangkak perlahan menyeberangi jalan. Melihat keadaan si kura-kura rasa sedihku hilang. Aku kembali ceria. Semangat kuatku kembali menapak dalam diri.

Aku mempunyai jawapan pada persoalan yang sering aku tanyakan pada diriku sebelum ini.

Mengapa harus aku bersedih? Sedangkan aku sepatutnya dan seharusnya merasa bahagia kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada segala-galanya. Jika dibandingkan dengan si kura-kura itu.

Kura-kura juga sendiri tetapi si kura-kura tidak pernah bersedih. Malah si kura-kura tetap menjadi dirinya yang penyantun dan penyabar. Sepatutnya aku harus mempunyai rasa sabar yang tinggi. Penyabar seperti si kura-kura.

Sejak itu setiap kali hati dilanda rasa sedih aku akan merenung kembali diriku dengan si kura-kura. Aku ingin meminjam kata-kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. dari buku MEMBINA PERIBADI ANGGUN - Bahagia untuk dinikmati bukan untuk diuji. Menguji bahagia, bahagia tetap di sisi. Begitulah seharusnya kita menafsir bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia. Kita tidak akan bahagia selama mana kita menyangka bahagia itu berada pada sesuatu - mungkin orang, mungkin benda, mungkin harta, mungkin wang ringgit. Itu semua hanyalah salah satu ciri-ciri kebahagiaan namun hakiki dan kekal abadi adalah apa yang ada dalam hati. Berusahalah untuk bahagia tetapi usah terlalu memburunya hingga mengorbankan sesuatu yang telah sedia membahagiakan kita. Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Lantaran ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa maka syukurilah kehidupan yang sedia ada. Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa. Bahagia adalah milik setiap orang yang telah bersedia untuk berasa bahagia.

Ibu

IBU… AL-FATIHAH untuk mu. Akhirnya kita terpisah jua. Aku reda dengan perpisahan ini kerana kau pergi menemui Ilahi. Aku tidak bisa menahan pemergianmu. Walau ingin ku tahan langkahmu. Hanya satu harapanku semoga kita akan dipertemukan di Syuga yang fana.

Aku merinduimu Ibu. Hari-hari yang kulalui terasa begitu sunyi. Aku rindukan wajahmu. Aku rindukan suara mu yang dulu seringkali memanggilku. Aku rindukan sentuhan jari-jemari mu yang dulu sering membelai pipiku. Aku ingin lagi memelukmu.

Maafkan aku ibu kerana sering menangis bila setiap kali mengingatimu. Aku terlalu rindukan dirimu. Bila mengenangmu pasti air mata membasahi pipi. Saat bersamamu terlalu indah. Kasih sayangmu sentiasa mengharum sentiasa mewangi.

Memori Indah